Ramadhan : Mari Beramal Bersama | Day 4

Salam Ramadhan,

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Orang-orang yang berpuasa nanti akan mempunyai keistimewaan dengan pintu khas untuk masuk ke syurga. Dan kita akan bergembira bukan sahaja ketika berbuka tetapi juga apabila kita bertemu dengan Allah nanti. Inilah kegembiraan yang hakiki. Selain itu orang yang berpuasa juga dijanjikan kemapunan bagi dosa yang lalu. Dari Abu Hurairahbahawa Rasulullah (saw) telah bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah(ihtisab), akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan)

Kalau dilihat bentuk hadis ini, ianya seakan sama dengan hadis mengenai keutamaan solat tarawih yang bermaksud,


I'm Not Full Yet

Photo by Dzul

“Barangsiapa yang bangun pada malam bulan Ramadan kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu.”

Di dalam hadis ini bukan sahaja disebutkan janji keampunan dosa bagi orang yang berpuasa tetapi juga syarat untuk mendapat anugerah ini iaitu berpuasa dengan “imaanan wah tisaaban” yang diterjemahkan sebagai kerana “iman dan mengharapkan keredhaan Allah”. Puasa kita bukan kerana budaya, bukan kerana adat, bukan kerana manusia, bukan kerana kesihatan, bukan kerana ketiadaan makanan. Tetapi kerana keazaman kita memenuhi tuntutan iman dan benar-benar mengharapkan keredhaan Allah.

Niat dan keazaman yang sedemikian akan menyebabkan kita tekun menjaga syarat-syarat dan adab-adab dalam puasa kita; bagi melayakkan kita mendapat keampunan bagi dosa-dosa kita yang lalu. Abu Said al-Khudri berkata bahawa Nabi (saw) pernah bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan mengetahui batas-batasnya dan ia menjaga diri dari segala apa yang patut dijaga, dihapuskanlah dosanya yang sebelumnya.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Saudara-saudari yang budiman, Jelas kepada kita bahawa hanya puasa yang terjaga dari batas-batasnya sahaja yang akan diterima dan layak untuk menerima keistimewaan yang dijanjikan. Sebab itu Nabi (saw) memberi kita peringatan, sekiranya kita tidak berhati-hati, kita mungkin terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memperolehi apa-apa dari puasa dan solat tarawih mereka. Abu Hurairah berkata Nabi (saw) bersabda:

“Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi tiada yang diperolehinya kecuali rasa lapar dan berapa banyak orang bersembahyang malam, tetapi tiada yang ia perolehi selain dari rasa mengantuk”

(Hadis Riwayat an-Nisai dan Ibn Majah)

Yang dimaksudkan oleh Nabi (saw) ialah orang yang berpuasa hanya dengan berlapar tetapi tidak kerana mencari keredhaan Allah serta tidak kisah dalam menjaga adab-adab dan batas-batasnya yang lain. Semoga Allah menjauhi kita dari termasuk ke dalam golongan ini; golongan orang yang berlapar dahaga tetapi tidak memperolehi apa-apa; puasa tidak diterima; dosa tetap tidak berampun. Semoga Allah swt menerima puasa kita, mengampunkan dosa-dosa kita dan membantu kita ke arah meningkatkan mutu puasa kita.

Penulis: AB & SRK

Posted in Ramadhan | 1 Comment

Ramadhan Donation For Palestine

To express sympathy to our brothers and sister in Palestine, Sekreteriat ISMA Luar Negara with conjunction with Aman Palestine Berhad presents the Ramadhan Donation For Palestine. Those who are interested to make donation for Palestinian, you are welcome to do it cash or online banking.

Please refer to the poster for further details.

May Allah bless our contribution and effort.

Posted in News | Tagged | Leave a comment

Ramadhan : Mari Beramal Bersama | Day 3

Salam Ramadhan,

Ramadhan Kareem. Esok adalah hari ke-3 kita berpuasa di bulan yang penuh barakah ini. Alhamdulillah. So macamana dengan tilawah Quran yang kita setkan semalam? Berjaya buat tak seperti mana yang di setkan? Mestilah berjaya kan. Sekarang ni kita kena pastikan esok, lusa, tulat dan seterusnya kita akan istiqamah dengan amalam bacaan Quran kita. Kalau hari ni kita baca ½ juzu’, esok kena pastikan at least ½ juzu’ juga. Sangat-sangat penting tau untuk istiqamah. Kenapa penting? Mari kita lihat pesanan nabi dibawah;

Dari Abdullah bin Amru al-Ashr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku: “Wahai Abdullah, janganlah kamu menjadi seperti si fulan. Dulu beliau berqiamullail, sekarang beliau meninggalkannya.”

(RS154; Bukhari & Muslim)

Beriman kepada Muhammad Rasulullah S.A.W. bermakna kita benar-benar yakin bahawa apa yang dipesan oleh baginda kepada ummatnya benar-benar akan menyelamatkan kita dari azab-Nya dan saranan yang diberi oleh baginda adalah jalan yang perlu kita lalui atau cara yang perlu kita lakukan demi sampai ke destinasi yang indah (syurga & pelepasan dari neraka). Mungkin kita boleh cuba bandingkan tahap keyakinan kita terhadap tunjuk ajar baginda dengan ‘yakinnya’ kita dengan TomTom & Garmin dalam mencari destinasi.

Photo by Pyanuddin al-Helmy

Cuba perhati di dalam ayat 92 di atas, dari surah an-Nahl iaitu surah yang ke 16. Dengan maksud yang lain, bila dah beriman, dah bermal, janganlah rosakkanya dengan ‘berpatah kembali ke belakang’.

p/s: Kalau ada yang tak tahu apa yang kita sama-sama dah set nak buat semalam, bolehlah refer balik entri yang lepas ya [Ramadhan: Mari Beramal Bersama | Day 2]

Penulis : Pyanuddin al-Helmy

Posted in Ramadhan | Tagged , , , , | Leave a comment

Ramadhan : Mari Beramal Bersama | Day 2

Mari Membaca

Saat ditulis entri ini, malam pertama Ramadhan 1431 sedang berlalu. Kita warga MCOT & Manchester sekalian masih belum merancang amalan-amalan yang kita nak buat sepanjang Ramadhan ini. Mungkin ada yang sudah merancang secara individu atau secara kumpulan-kumpulan kecil. Apakata kita buat perancangan amal Ramadhan kita bersama-sama. Don’t worry, kita bukannya buat bid’ah, kita hanya merancang bersama-sama, lalu beramal & berlumba-lumba dengan penuh kerendahan diri. Barulah wujud satu bi’ah Ramadhan yang sangat best!!

Apa kata kita mulakan dengan ‘tilawah Quran’ atau ‘tadarus Quran’.

(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah:185)

Photo by Dzul

Mungkin kita sudah pun beramal dengan tilawah & tadarrus pada tahun-tahun sebelumnya. Apa kata kita tingkatkan amal kita dalam tilawah al-Quran kita.

Bagi yang sudah biasa khatam 1 kali sepanjang ramadhan, kita khatam dua kali. {read: kali ni kena baca at least 2 juzu’ sehari}

Bagi yg mampu baca separuh Quran, kita tingkatkan kepada khatam 1 kali sepanjang Ramadhan {read: kali ini ken abaca at least 1 juzu’ satu hari atau 20 muka surat satu hari}

Bagi yang mampu baca suku, kali ni tingkatkan jadi separuh…

Dan seterusnya..

Dalam masa yang sama & yang juga sangat penting, kita bacaan arabnya sambil membaca juga terjemahannya. Itulah tujuan al-Quran itu diturunkan seperti mana yang dijelaskan di dalam ayat Allah di atas. Alangkah jauh lebih untuk jika kita bukan sekadar melagukannya, tetapi memahami & beriman kepadanya(read:percaya dengan yakin yang membuahkan tindakan)

Maka, tindakan kita semua adalah:

  • 1. Secara perseorangan atau berpasangan (same gender je tau, kalau dengan spouse takper), kita imbau kembali prestasi bacaan Quran kita pada Ramadhan lepas dan catitkan.

  • 2. Kemudian, setkan misi yang baru dalam bacaan Quran anda. Kena lebih baik dari prestasi Ramadhan lepas lah

  • 3. Tulis pada nota kecil atau setkan dalam reminder pada phone masing-masing berkenaan misi yang ingin dicapai itu.

  • 4. Beritahu kepada pair masing-masing atau housemate tentang misi anda supaya setiap hari kita akan mengingatkan antara satu sama lain. Ingat, jauhi unsure riak, ‘ujub dan mengaibkan orang lain. Tanamkan sifat menyayangi kawan dengan mengingatkan secara berhikmah.

  • 5. Denda diri sendiri jika gagal melakukan amalan itu dengan member infak 1 pound kepada masjid berdekatan. 1 hari gagal, 1 pound. Kalau rasa berat boleh aja 50p ke 20p ke. Yang penting, denda itu dapat memotivasi diri untuk beramal. Ikhlas tak ikhlas, sendiri mau ingat, hanya Allah yang tahu {read: Allah Maha Mengetahui}

  • 6. Selamat beramal & bersabar dalam melakukannya. As-Sabr min al-Imaaan

Penulis : Pyanuddin al-Helmy

Posted in Ramadhan | 1 Comment

Ramadhan : Mari Beramal Bersama | Day 1

RAMADHAN DI MANCHESTER

Bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan sudah menjelma.. MashaAllaah, Subhanallaah, ALhamdulillaaah, Allahuakbaaar…

Bak kata seorang ahli MCOT beberapa hari lepas di facebooknya,
Ramadhan approaching,
Mu’min’s hearts pounding,
Unbearable excitements…

Mana tidaknya,
Allah iaitu Tuhan yang akan membalas dosa kita dengan siksaan yang sangat keras di akhirat kelak membuka ‘gerai’ pada bulan Ramadhan ini untuk menghapuskan dosa kita yang telah lalu [1]. {read: kita memang pendosa seluas langit seisi bumi banyaknya bermaksiat kepada Pencipta kita}

Mana tidaknya,
dalam ‘tawaran hebat’ dari Allah yang Maha Pengampun, dibelenggu pula oleh-Nya syaitan-syaitan yang sentiasa berusaha menjauhkan kita dari Jalan-Nya. Lalu memudahkan lagi kita untuk berbuat amal-amal soleh dan menjauhi perkara-perkara yang tidak digemari/dimurkai-Nya [2]. {read: Kita ni lemah, dengan syaitan kalah memanjang. Kalau Allah dah tolong memudahkan kita beramal demi mendekati-Nya dengan membelunggu syaitan tapi kita tidak juga ‘maju’ kehadapan, seolah-olah memang kita bongkak, sengaja memilih menjauhi-Nya atau sengaja memilih kejahilan}

Mana tidaknya,
Ada lagi tawaran hebat dari Allah Maha Kaya, yang tidak akan miskin kerana kelalaian kita. Allah menawarkan kejauhan dari Neraka selama 70 tahun bila kita berpuasa, seolah-olah warden penjara membebaskan banduannya akibat dari amalan baik yang dilakukan oleh banduan tersebut [3]. {read: kita pasti banyak dosa dan taubat kita pasti tidak dapat menebus kesemuanya, berikanlah kami diskaun ya Allaaah…}

Mana tidaknya,
Allah yang Maha Kuasa menjanjikan hamba-Nya yang berpuasa masuk ke pintu syurga melalui pintu ar-Rayyan [4]. {read: layakkah aku akan Syurga-Mu?}

Mana tidaknya,
Ada ‘tressure hunt’ yang terpaling bayek di alam dunia ini iaitu, ada 1 malam, yang lebih baik dari 1000 bulan [5]. {read: tergiyurkah aku dengan ‘tressure hunt tersebut??}

Photo by pyanuddinalhelmy

Maka dengan itu, marilah kita sama-sama mempersiapkan mental, fizikal & ruhi kita demi merangkul, merebut segala apa yang ada di sepanjang bulan Ramadhan ini. Yang paling penting dari segala kepentingan yang ada disebutkan di atas ialah, bulan Ramadhan adalah sebuah akademi yang memudahkan kita untuk ‘improvise’ tahap ketakwaan kita kepada Allah S.W.T. Level ketakwaan tidak akan dicapai dengan mudah, apatah lagi dalam meningkatkannya. Ia memerlukan satu latihan intensif yang dilakukan secara berterusan & mengambil masa yang lama. Ingatlah, yang memasuki syurga hanyalah hamba-hambaNya yang bertakwa.

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah: 183)

[1] :

  • (as-Syuura: 25)
  • Dan Dia lah Tuhan Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan ia mengetahui akan apa Yang kamu semua kerjakan. (as-Syuura: 25)
  • Rasulullah s.a.w bersabda (HR Ahmad & Ashabus Sunan)

Siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan                 keredhaan Allah akan diampuni segala dosanya yang lalu.

  • Rasulullah s.a.w bersabda (HR Muslim)

“As-solawatu al- khamsu wal jum’atu ilal jum’atu wa ramadhanu ila ramadhana mukaffiratu lima bainahunna izajtanibatilkhabairu”

110. Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua Yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat Segala Yang kamu kerjakan.(Al-Baqarah)

  • Sabda Nabi s.a.w (HR Daruqutni dan Baihaqi) “ Addu sodaqatal fitr ‘amman tamutunna” Tunaikanlah zakat fitrah untuk orang-orang yang kamu nafkahkan (tanggungan)”.
  • Sabda Nabi s.a.w (HR Abu Daud, Ibnu Majah dari Ibnu Abbas)

“ Furidhatsodaqatul fitri dhuhratan lissiyami minal laghwi wa rofitha wa tu’matal lil masakin” Diwajibkan zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa dari perbuatan laghaw dan perkataan keji dan juga sebagai makanan bagi orang miskin”

Maksudnya: Solat lima waktu, jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan berikutnya menghapuskan kesalahan-kesalahan yang terjadi di antara masing-masing apabila kesalahan besar dijauhi”

[2] :

  • Hadith Nabi s.a.w (HR Ahmad, Nasai’I, Baihaqi)

“ Sungguh telah datang kepadamu satu bulan yang penuh berkat dimana Allah mewajibkan kamu berpuasa. Pada bulan itu dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan dibelenggu syaitan dimana ada satu malam yang nilai amal pada malam itu lebih baik dari seribu bulan. Maka barangsiapa yang tidak berhasil memperolehi kebaikannya, maka tidak dapat lagi ia memperoleh kebaikan selama-lamanya.”

[3] :

  • Puasa seorang mukmin yang berjihad di jalan Allah diberikan ganjaran yang besar iaitu dijauhkan dari azab neraka Allah selama 70 tahun.

“ La yasumu abdun yauman fi sabilillah illa
Ba adallah bizalikalyaum an-naar an wajhihi sab’iina khariifa”

Maksudnya:
Tiadalah berpuasa seorang hamba satu hari (kerana) fi sabilillah, melainkan Allah akan menjauhkan diri seseorang itu dari api neraka selama 70 tahun”
(HR Jamaah kecuali Nasa’I dan Abu Daud)

[4] :

  • Mukmin yang berpuasa kerana menjunjung perintah Allah dan mengharap redhaNya akan mendapat ganjaran dan penghormatan dari Allah
  • Rasulullah S.A.W bersabda (HR Bukhari dan Muslim)

“Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu yang bernama Ar-Rayyan(memuaskan dahaga). Maka pada hari kiamat akan dipanggil: ‘Hai mana orang yang berpuasa?’ Maka apabila telah masuk orang yang terakhir dari mereka maka ditutuplah syurga itu”

Penulis : Pyanuddinalhelmy

Posted in Ramadhan | Comments Off